fb fb fb fb fb

Anugerah Carta 10 Sarawakfm naikkan nama penyanyi tempatan

Sidang media Anugerah Carta 10 Sarawakfm

KUCHING, 23 Julai- 10 finalis bakal berentap pada Anugerah Carta 10 Sarawakfm, 27 Julai ini di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching.

Timbalan Pengarah Penyiaran Sarawak, Norjihan Yahya berkata, anugerah merupakan program radio terbitan DJ Reeynaz Merpati, mempertandingkan lagu-lagu karya anak tempatan Sarawak dan bersiaran setiap Sabtu pada pukul 10 pagi.

“Anugerah ini bertujuan untuk memartabatkan lagu-lagu popular dalam kalangan pendengar di samping menaikkan nama-nama penyanyi yang bertanding sebagai 10 finalis untuk penganjuran kali pertama ini,” katanya semasa sidang media anugerah berkenaan di RTM Kuching.

Finalis terdiri daripada enam solo iaitu Danial Manshor- Beku, Sofuan Yusuf- Berteman Sepi, Meera Zada- Milikmu, Zah Amirul- Mencari Mimpi, Abang Hafidz- Zon Kawan dan Hasalizar- Seloka RIndu.

Satu duet Miey Sanisha bersama Saiful Bahri- Cinta Duak Jiwo, serta tiga kumpulan Proxy Band-Jenaka, Ga’Rash- Belaian Sukma dan Hurricane- Menatap Dalam Tangisan.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM5,000, manakala naib juara RM3,000 dan ketiga RM2,000.

Sementara vokal terbaik, persembahan terbaik dan saguhati masing-masing RM1,000. Semua anugerah disertakan piala dan sijil.

Anugerah turut menampilkan artis jemputan iaitu kumpulan The Family Man dan Nurafizah Busman.

Anugerah akan disiar secara langsung di radio dan facebook Sarawakfm.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dijangka hadir ke anugerah berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE