Zelensky minta Perancis tambah pertahanan udara

KYIV, 12 Oktober – Ukraine meminta bantuan Perancis bagi menambah bantuan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu bagi menangkis serangan Rusia yang kian meningkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Zelensky meminta Perancis tingkatkan bantuan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu untuk menangkis serangan Rusia.
  • Permintaan itu dibuat kerana dunia kini teralih perhatian kepada Timur Tengah dan isu politik dalaman.
  • Zelensky memaklumkan keperluan itu dalam perbualan telefon dengan Presiden Macron.
  • Serangan Rusia terhadap rangkaian tenaga menyebabkan pemadaman elektrik meluas di Ukraine.

Gesaan itu diutarakan presidennya Volodymyr Zelensky ketika dunia dikatakan teralih perhatian terhadap isu lain.

Dalam satu panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Zelensky berkata beliau telah memaklumkan mengenai keperluan tersebut.

“Saya telah berbincang dengan Presiden Macron dan menjelaskan keperluan kami terutamanya sistem pertahanan udara dan peluru berpandu. Rusia kini mengambil kesempatan ketika dunia sedang memberi tumpuan kepada Timur Tengah dan isu politik dalaman di setiap negara,” kata Zelensky dalam hantaran di Facebook.

Rusia dilaporkan mengebom rangkaian tenaga Ukraine selama beberapa hari berturut-turut, menyebabkan ratusan ribu rakyat Ukraine terputus bekalan elektrik.