Trump ragu kredibiliti Machado pimpin Venezuela

WASHINGTON, 4 Januari– Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu menyuarakan keraguan terhadap pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado dalam memimpin negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump meragui kemampuan Maria Corina Machado memimpin Venezuela kerana kekurangan sokongan dan penghormatan dalam negara itu.
  • Trump menyebut Machado sebagai "seorang wanita yang baik" tetapi menegaskan beliau tidak dihormati oleh rakyat Venezuela.
  • Trump berkata Venezuela kini berada di bawah kawalan sementara Amerika Syarikat selepas operasi menahan Maduro.
  • Presiden Nicolas Maduro ditangkap dan dipindahkan ke New York untuk menghadapi pertuduhan pengedaran dadah.
  • Pihak AS belum menghubungi Machado walaupun beliau menerima Anugerah Nobel Keamanan tahun lalu.

Jelas Trump, beliau tidak mendapat sokongan atau penghormatan rakyat.

“Saya rasa agak sukar bagi beliau menjadi pemimpin. Beliau tidak mendapat sokongan atau penghormatan dalam negara itu. Beliau seorang wanita yang baik, tetapi tidak mendapat penghormatan,” kata Trump dalam satu sidang media pada Ahad.

Trump berkata Venezuela kini berada di bawah kawalan sementara AS.

Ini susulan penahanan Presiden Nicolas Maduro dalam operasi berani dan pemindahannya ke New York bagi menghadapi pertuduhan pengedaran dadah.

Presiden AS itu menambah bahawa pihaknya belum menghubungi Machado, yang menerima Anugerah Nobel Keamanan tahun lalu dan sebahagiannya mendedikasikan anugerah tersebut kepada Trump. -REUTERS