Trump akui Iran masih miliki keupayaan ketenteraan

Foto AFP

WASHINGTON, 6 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui Iran masih masih memiliki keupayaan ketenteraan, meskipun mempunyai baki kira-kira 22 peratus simpanan peluru berpandu dan berdepan tekanan ketenteraan berterusan daripada Washington.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump berkata Iran masih mempunyai beberapa keupayaan ketenteraan walaupun berada di bawah tekanan ketenteraan berterusan daripada Washington.
  • Pentadbiran Trump mendakwa mengetahui jumlah dan lokasi baki aset ketenteraan Iran termasuk kemudahan penyimpanan dan pengeluaran dron.
  • Tentera Iran mendakwa melepaskan peluru berpandu amaran ke arah dua kapal pemusnah AS di Teluk Oman, dakwaan itu dinafikan AS.
  • Kuwait memaklumkan berjaya memintas 30 peluru berpandu balistik yang didakwa dilancarkan oleh Iran.

“Mereka (Iran) masih mempunyai kapasiti. Mereka masih mempunyai sejumlah peluru berpandu dan dron. Dari segi peratusan, saya katakan mungkin sekitar 22 peratus daripada peluru berpandu mereka masih ada. Itu masih banyak tetapi tidak seperti ketika kami mula menyerang,” katanya.

Dakwa Trump lagi, pihaknya mengetahui jumlah serta lokasi baki aset ketenteraan Iran, termasuk kemudahan penyimpanan dan pengeluaran dron.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Iran pada Jumaat mendakwa telah melepaskan “peluru berpandu amaran” ke arah dua kapal pemusnah AS di Teluk Oman, namun dakwaan tersebut dinafikan pihak tentera AS.

Dua hari sebelum itu, Kuwait memaklumkan berjaya memintas 30 peluru berpandu balistik yang didakwa dilancarkan Iran.

Perkembangan itu berlaku ketika gencatan senjata antara Iran, AS dan Israel masih berada dalam keadaan rapuh susulan ketegangan berterusan di rantau Asia Barat. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.