Polis tahan dua penjenayah buruan India

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 17 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan dua penjenayah buruan warga India yang dipercayai terlibat dalam insiden meletupkan landasan kereta api di Patiala, Punjab, India pada 27 April 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedua-dua suspek diserahkan kepada pihak berkuasa negara asal untuk tindakan lanjut.
  • Tindakan JSJ Bukit Aman dilaksanakan susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa India.
  • Kerjasama strategik membuktikan keupayaan dan kesungguhan PDRM menyokong penguatkuasaan undang-undang antarabangsa.
  • PDRM komited memastikan Malaysia tidak dijadikan tempat perlindungan dan meneruskan usaha bagi menjaga keselamatan serta kedaulatan undang-undang.

Kedua-dua suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa negara asal untuk tindakan lanjut.

Menurut Pengarah JSJ PDRM, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, tindakan tersebut dilaksanakan oleh JSJ Bukit Aman susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa India bagi mengesan dan menahan kedua-dua suspek.

“Kerjasama strategik ini membuktikan keupayaan serta kesungguhan PDRM dalam menyokong usaha penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa,” katanya.

“PDRM sentiasa komited memastikan Malaysia tidak dijadikan lokasi perlindungan oleh mana-mana individu yang cuba melarikan diri daripada proses keadilan jenayah di negara asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PDRM menegaskan usaha seumpama ini akan diteruskan bagi memastikan keselamatan negara serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.