
BAITULMAQDIS, 17 April – Pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu berkata tenteranya akan kekal berada dalam zon keselamatan di selatan Lubnan, meskipun gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
- Gencatan senjata selama sepuluh hari dipersetujui antara Israel dan Lubnan pada Khamis.
- Presiden AS Donald Trump berkata Joseph Aoun dan Netanyahu dijangka bertemu di White House minggu depan.
- Pertemuan dijangka menumpukan usaha menamatkan konflik antara kedua-dua pihak.
- Isu berkaitan kumpulan Hizbullah dijangka menjadi fokus perbincangan.
Jelas beliau, zon keselamatan itu meliputi kawasan dari Laut Mediterranean hingga ke Gunung Dov serta kaki Gunung Hermon berhampiran sempadan Syria.
“Disitulah kami berada, kami tidak akan berundur,” katanya menerusi ucapan yang disiarkan di televisyen.
Gencatan senjata selama sepuluh hari dipersetujui Israel dengan Lubnan pada Khamis.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Presiden Lubnan, Joseph Aoun dan Netanyahu dijangka bertemu di White House minggu depan.
Fokus pertemuan dijangka tertumpu kepada usaha menamatkan konflik antara kedua-dua pihak termasuk isu berkait kumpulan Hizbullah. – AFP