
WASHINGTON, 17 April – Pemangku Ketua Agensi Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen Amerika Syarikat (ICE), Todd Lyons, akan meninggalkan perkhidmatan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada 31 Mei ini.
- Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Markwayne Mullin mengesahkan Lyons akan menyertai sektor swasta selepas tempoh perkhidmatan tersebut.
- Sebelum dilantik Ketua Sementara, Lyons ialah Pengarah Bersekutu Eksekutif bahagian operasi penguatkuasaan dan penyingkiran ICE.
- Bahagian itu melaksanakan penangkapan dan pengusiran migran yang memasuki AS secara haram.
- ICE terus menjadi tumpuan susulan dasar tindakan keras, insiden tembakan di Minnesota, bantahan, kritikan hak asasi manusia dan pembelaan Trump.
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Markwayne Mullin ketika mengesahkan perkara itu berkata, Lyons akan menyertai sektor swasta selepas tempoh tersebut.
Sebelum dilantik sebagai Ketua Sementara pada Mac 2025, Lyons memegang jawatan sebagai Pengarah Bersekutu Eksekutif bahagian operasi penguatkuasaan dan penyingkiran ICE.
Bahagian itu melaksana penangkapan dan pengusiran migran yang memasuki AS secara haram.
Pengesahan berhubung perkhidmatan Lyons dibuat ketika ICE terus menjadi tumpuan susulan dasar tindakan keras imigresen yang dilaksana pentadbiran Presiden Donald Trump.
Ini termasuk insiden tembakan maut melibatkan dua warga AS di Minnesota pada Januari lalu yang mencetuskan bantahan di seluruh negara.
Pakar hak asasi manusia turut menegaskan, tindakan ICE itu mewujudkan persekitaran tidak selamat, terutama kepada golongan minoriti.
Bagaimanapun, Trump mempertahan pendekatan tersebut dengan menyatakan ia keperluan bagi meningkatkan keselamatan dalam negara dan mengekang pendatang tanpa izin. – REUTERS