Ebola : Nigeria rekod kes pertama, Kenya kesembilan

Foto fail AFP

LAGOS, 21 Oktober – Nigeria merekodkan kes pertama Ebola dalam penularan terkini di Afrika, manakala Kenya melaporkan kes kesembilan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pegawai kesihatan serantau memberi amaran mengenai ancaman penularan virus Ebola.
  • Wabak diisytihar di DRC sejak Mei lalu dan telah merebak ke beberapa negara, menjadikannya yang paling meluas.
  • Africa CDC menggesa bantuan antarabangsa segera: dana, bekalan perubatan dan petugas kesihatan untuk membendung penularan.

Pegawai kesihatan serantau memberi amaran mengenai ancaman penularan virus itu.

Kes di Nigeria melibatkan seorang wanita yang tiba di negara itu menggunakan penerbangan antarabangsa dari Uganda sebelum dimasukkan ke sebuah hospital swasta dan menerima rawatan selama beberapa hari sebelum disahkan dijangkiti Ebola.

Menteri Kesihatan Nigeria, Muhammad Ali Pate, berkata pesakit itu kini diasingkan dan sedang menerima rawatan.

Sejak wabak Ebola diisytiharkan di Republik Demokratik Congo (DRC) pada Mei lalu, virus itu telah merebak ke beberapa negara Afrika, termasuk Uganda.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan kes Ebola kesembilan dalam gelombang terbaharu wabak berkenaan pada Selasa.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC), Jean Kaseya, berkata wabak Ebola Bundibugyo itu telah merebak ke beberapa negara di tiga rantau Afrika, menjadikannya yang paling meluas dalam sejarah.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa segera menyalurkan bantuan kewangan, bekalan perubatan dan petugas kesihatan bagi membendung penularan Ebola.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, dalam tempoh beberapa bulan, penularan Ebola di DRC meragut 4,381 nyawa daripada lebih 9,000 kes yang disahkan, menjadikannya wabak paling membawa maut dalam sejarah negara itu.-AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.