Sidang Kemuncak ASEAN: Keselamatan serantau, ekonomi jadi agenda utama

Foto VIORY

PASAY CITY, 15 November – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr menyambut ketibaan pemimpin-pemimpin Asia Tenggara di Pasay City pada Ahad sempena pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-49, dengan isu keselamatan serantau dan kerjasama ekonomi menjadi agenda utama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Filipina dijangka menyerahkan kepimpinan bergilir ASEAN kepada Singapura pada 17 November, menandakan tamat jawatan negara tuan rumah.
  • Pemimpin termasuk Perdana Menteri Thailand Anutin, Perdana Menteri Vietnam Le Minh Hung, Kay Rala Xanana Gusmao dan Sultan Hassanal Bolkiah hadir untuk sidang.
  • Isu utama dijangka termasuk krisis Myanmar dan ketegangan Laut China Selatan, serta rundingan Kod Tatalaku dengan China.

Presiden Filipina dan Wanita Pertama Liza Araneta-Marcos mengalu-alukan ketibaan para pemimpin sebelum sesi bergambar rasmi berlangsung.

Rakaman video memaparkan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, Perdana Menteri Vietnam Le Minh Hung, Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC).

Anutin diiringi isterinya, Thananon Niramit, manakala Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba bersama Putera Abdul Mateen.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, turut hadir sebagai tetamu.

Sidang kemuncak yang berlangsung dari 15 hingga 17 November itu menghimpunkan delegasi daripada 11 negara anggota ASEAN dan rakan antarabangsa bagi membincangkan soal perdagangan, keterjaminan tenaga dan kestabilan serantau.

Perhimpunan tersebut turut menandakan berakhirnya jawatan Pengerusi ASEAN 2026 bagi Filipina, dengan Presiden Filipina dijadual menyerahkan kepimpinan bergilir itu kepada Singapura pada 17 November ini.

Krisis di Myanmar serta ketegangan di Laut China Selatan dijangka menjadi fokus utama, apabila para pemimpin bakal menilai kemajuan Konsensus Lima Perkara ASEAN berhubung Myanmar dan rundingan bersama China mengenai Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan. -VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.