Serangan Israel di Lubnan ragut lebih 3,000 nyawa sejak Mac

Kepulan asap kelihatan selepas serangan Israel di kawasan kejiranan Bachoura di tengah Beirut / foto REUTERS

BEIRUT, 23 Mei – Angka korban akibat serangan Israel sejak 2 Mac lalu meningkat kepada 3,111 orang, manakala 9,432 lagi cedera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan udara Israel di selatan Lubnan mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk paramedik, penyelamat dan seorang kanak-kanak.
  • Rakaman menunjukkan kemusnahan bangunan, kenderaan dan kepulan asap tebal di Nabatieh dan Harouf akibat serangan berterusan.
  • Hezbollah melancarkan serangan dron ke kedudukan artileri Israel di Adaisseh, sementara gencatan senjata yang dilanjutkan gagal meredakan ketegangan.

Menurut Pihak berkuasa kesihatan Lubnan, serangan udara Israel di selatan negera itu dari lewat Khamis hingga Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 11 individu termasuk anggota paramedik, penyelamat dan seorang kanak-kanak, selain mencederakan beberapa yang lain.

Rakaman di beberapa lokasi termasuk Nabatieh dan Harouf menunjukkan kemusnahan bangunan, kenderaan serta kepulan asap tebal akibat serangan berterusan.

Dalam perkembangan berasingan, kumpulan pejuang Hezbollah memaklumkan pihaknya melancarkan serangan dron terhadap kedudukan artileri Israel di bandar sempadan Adaisseh pada petang Jumaat.

Ketegangan di selatan Lubnan dilaporkan semakin memuncak sejak kebelakangan ini meskipun gencatan senjata antara kedua-dua pihak telah dilanjutkan sebanyak dua kali.

Gencatan senjata itu sebelum ini dilanjutkan selama tiga minggu pada 23 April, sebelum disambung lagi selama 45 hari pada 15 Mei.

Namun, peningkatan serangan sejak beberapa hari lalu menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan keselamatan di kawasan sempadan tersebut.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.