Program Kembara Ilmu semarak budaya membaca

FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU, 14 Jun – Program Kembara Ilmu sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anjuran Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Negeri Sabah.
  • Menteri memuji penyertaan ramai peserta, semangat sporting mereka dan jumlah hadiah yang disampaikan kepada pemenang.
  • Kembara Ilmu bertujuan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan memperkukuh hubungan masyarakat melalui aktiviti interaktif seperti pertandingan, pameran dan program komuniti.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program anjuran Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Negeri Sabah itu membuktikan masyarakat semakin menghargai program yang memberi manfaat kepada komuniti.

“Saya pun agak terkejut dengan ramai peserta yang begitu sporting.

“Banyak penyertaan dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan dan amat memberangsangkan daripada segi kita yang menganjurkan.

“Bukan senang menganjur program seperti ini. Kita melihat banyak hadiah-hadiah yang kita sampaikan untuk peserta-peserta yang melibatkan diri,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kembara Ilmu dan Pesta Buku Sabah di sini.

Kembara Ilmu merupakan antara inisiatif kerajaan untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat di samping memperkukuhkan hubungan masyarakat menerusi pendekatan yang lebih interaktif dan inklusif.

Pelbagai aktiviti termasuk pertandingan, pameran dan program komuniti diadakan bagi menarik minat orang ramai terhadap dunia ilmu dan pembacaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.