
CARACAS, 5 Januari – Sebahagian besar pasukan keselamatan bekas Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dilaporkan terbunuh dalam serbuan Amerika Syarikat (AS), yang membawa kepada penahanan beliau pada Sabtu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
- Bunuh ramai anggota pasukan keselamatan yang bertanggungjawab melindungi Maduro semasa serbuan AS.
- Menteri Pertahanan Jeneral Vladimir Padrino mengesahkan kematian tetapi tidak mendedahkan angka sebenar korban.
- Padrino menyatakan sokongan terhadap pengisytiharan Delcy Rodriguez sebagai presiden sementara.
- Angkatan bersenjata diaktifkan di seluruh negara untuk menjamin kedaulatan Venezuela.
Menteri Pertahanan Venezuela, Jeneral Vladimir Padrino menerusi kenyataan yang disiarkan di televisyen berkata, serbuan berkenaan mengakibatkan kematian ramai anggota pasukan keselamatan yang bertanggungjawab melindungi Maduro.
Bagaimanapun, Padrino tidak mendedahkan angka sebenar korban.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sokongan terhadap pengisytiharan Naib Presiden, Delcy Rodriguez, sebagai presiden sementara.
Tambahnya, angkatan bersenjata telah diaktifkan di seluruh negara bagi menjamin kedaulatan Venezuela.-REUTERS