Perjanjian damai AS-Iran pacu pemulihan ekonomi berperingkat

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persetujuan pemeteraian perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bukan sekadar menamatkan operasi ketenteraan secara “serta-merta dan kekal” tetapi jauh daripada itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perjanjian berpotensi memberi impak positif kepada ekonomi global termasuk Malaysia selepas konflik berlarutan.
  • Reaksi pasaran segera: harga minyak turun manakala mata wang asing mengukuh berbanding dolar AS.
  • Pemulihan ekonomi dijangka berperingkat jika perjanjian dipatuhi; keyakinan pelabur penting; pemulihan bekalan minyak mungkin ambil berbulan.

Perkembangan tersebut dilihat berpotensi memberi impak positif kepada ekonomi global termasuk Malaysia selepas perang berlarutan lebih tiga bulan di Asia Barat.

Pakar ekonomi yang juga Pengarah Program MBA Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata reaksi positif segera diterima dalam pasaran hari ini apabila harga minyak dunia menunjukkan penurunan, manakala mata wang asing mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat.

Menurut beliau, pemulihan ekonomi dijangka berlaku secara berperingkat sekiranya perjanjian tersebut dipatuhi secara teguh oleh kedua-dua pihak.

“Walaupun proses pemulihan sepenuhnya bekalan minyak di Asia Barat bukan singkat dan mengambil masa (mungkin berbulan-bulan), apa yang lebih penting keyakinan pelabur dan juga pemain industri untuk keadaan kembali seperti sedia kala.

Keyakinan itulah yang akan membawa kepada situasi ekonomi yang lebih positif,” tambahnya ketika dihubungi RTM.

Beliau berpandangan, sekiranya konflik di Asia Barat benar-benar berakhir, perkembangan itu akan mewujudkan persekitaran ekonomi global yang lebih positif serta memberi manfaat kepada pasaran dan pelaburan di Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.