Pekerja terselamat nekad bantu pembinaan semula Nepal

Foto AFP

KATHMANDU, 26 September – Seorang pekerja projek tenaga hidroelektrik Nepal, Kabir Maharjan 45, yang terselamat selepas terperangkap selama 10 hari dalam sebuah terowong, susulan banjir dan runtuhan glasier, bertekad membantu membangunkan semula negaranya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pekerja terselamat dibawa ke hospital di Kathmandu untuk rawatan kecederaan pada tangan dan kaki.
  • Banjir akibat runtuhan glasier pada 26 Ogos mengorbankan lebih 1,400 orang; lebih 5,000 masih dilaporkan hilang.
  • Lebih 800 pekerja projek hidroelektrik masih belum diketahui nasib; 47 mayat ditemukan di lokasi projek terjejas.
  • Kerajaan anggarkan kos pembinaan semula AS$4.8 bilion; Perdana Menteri gesa sokongan antarabangsa terhadap impak perubahan iklim.

Bapa kepada dua anak itu diselamatkan pada 4 September lalu di daerah Rasuwa, kawasan yang paling teruk terjejas, sebelum dibawa ke hospital di Kathmandu untuk menjalani rawatan.

“Nyawa sangat berharga. Ratusan orang terkorban, tetapi saya terselamat,” katanya kepada AFP dalam nada sebak.

Banjir pada 26 Ogos lalu, yang berpunca daripada runtuhan glasier berhampiran sempadan China-Nepal,mengorbankan lebih 1,400 orang, manakala lebih 5,000 individu masih dilaporkan hilang di Nepal.

Maharjan berkata, beliau bertahan dengan mendapatkan bekalan air dan mencari jalan keluar sebelum terdengar suara pasukan penyelamat beberapa hari kemudian.

Beliau berharap dapat kembali bekerja dalam sektor tenaga hidroelektrik sebaik pulih daripada kecederaan pada tangan dan kaki.

Sementara itu, lebih 800 pekerja projek tenaga hidroelektrik masih belum diketahui nasib mereka, manakala 47 mayat ditemukan di lokasi projek yang terjejas.

Kerajaan Nepal menganggarkan kos pembinaan semula akibat bencana itu mencecah AS$4.8 bilion, susulan kerosakan infrastruktur dan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah, sebelum ini menyifatkan banjir itu sebagai amaran kepada dunia mengenai peningkatan risiko perubahan iklim, sambil menggesa sokongan antarabangsa bagi membantu usaha pemulihan negara.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.