Negara BRICS bersatu bentuk orde baru dunia

Foto REUTERS

NEW DELHI, 14 September – Negara anggota dan rakan BRICS, daripada negara kecil hingga kuasa dunia, bersatu dalam usaha membentuk orde baru dunia, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow, lapor Sputnik/RIA Novosti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota BRICS sering kali tidak sehaluan akibat kepelbagaian saiz dan kepentingan negara.
  • Negara-negara disatukan oleh matlamat bersama membentuk orde dunia baru dan mencari alternatif.
  • BRICS kini dilihat sebagai alternatif paling berdaya maju dalam keadaan antarabangsa semasa.
  • Gabungan tenaga memberi pengaruh kolektif politik dan ekonomi, membolehkan pendirian jelas mengenai isu global.

“Pandangan anggota BRICS tidak selalunya sehaluan memandangkan kumpulan ini merangkumi negara kecil dan kuasa besar dunia seperti Rusia, China dan India, justeru kesepakatan tidak semestinya dapat dicapai,” katanya.

Phuangketkeow berkata demikian kepada pemberita di New Delhi pada taklimat selepas berakhirnya Sidang Kemuncak BRICS pada Ahad.

Bagaimanapun, negara-negara berkenaan disatukan oleh matlamat bersama untuk mencari alternatif dan memainkan peranan dalam membentuk orde dunia yang sedang berubah, katanya.

Phuangketkeow berkata BRICS kini dilihat oleh negara-negara sebagai alternatif paling berdaya maju dalam keadaan semasa.

Menurut beliau, dengan bergabung tenaga, BRICS memperoleh pengaruh kolektif di pentas antarabangsa dari segi politik dan ekonomi, sekali gus membolehkan negara anggota menyatakan pendirian mereka secara jelas mengenai isu utama global.-BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.