Ketua Nuklear Iran dihalang hadiri persidangan IAEA

Foto Fail REUTERS

TEHRAN, 14 September – Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Mohammad Eslami, didakwa dihalang daripada menghadiri Persidangan Agung Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke-70 di Vienna pada Isnin, selepas dinafikan visa kemasukan oleh pihak berkuasa Austria

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran mendakwa tindakan Austria hasil tekanan dan campur tangan kerajaan Amerika Syarikat.
  • Eslami dan delegasi berlepas ke Vienna tetapi dihalang dalam perjalanan dan berpatah balik ke Tehran.
  • Tehran memanggil Kuasa Usaha Austria untuk membantah keputusan itu, menurut kenyataan rasmi.
  • Perkembangan berlaku ketika ketegangan program nuklear Iran meningkat, dengan tuduhan barat dan penafian Tehran.

Sekatan itu didakwa berlaku susulan tekanan serta campur tangan daripada pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Menurut siaran televisyen kerajaan Iran, Eslami bersama delegasi menaiki penerbangan biasa ke Vienna pada Sabtu, namun berdepan halangan ketika dalam perjalanan sebelum berpatah balik ke Tehran.

Eslami dijadual menghadiri Persidangan IAEA yang berlangsung di ibu pejabat Agensi Nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Austria.

Sebagai tindak balas, Tehran memanggil Kuasa Usaha Austria bagi membantah keputusan tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, menyifatkan keengganan kerajaan Austria mengeluarkan visa kepada delegasi Iran sebagai keputusan yang tidak wajar.

“Sudah jelas insiden ini berlaku akibat tekanan dari pihak Amerika, tetapi kerajaan Austria tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab,” katanya pada sidang media di Tehran.

Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan berkaitan program nuklear Iran terus meningkat.

Selama beberapa dekad, kuasa besar barat menuduh Iran berusaha mendapatkan senjata nuklear, namun Tehran berulang kali menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan program nuklearnya adalah untuk tujuan aman.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.