
SANAA, 26 Ogos – Ribuan penduduk berhimpun di ibu negara Yaman, Sanaa, bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul dengan mengibarkan bendera hijau dan berselawat di luar Masjid Al-Shaab pada Selasa.
- Sambutan tahunan jatuh pada 12 Rabiulawal, diraikan secara besar-besaran sejajar dengan umat Islam di seluruh dunia.
- Rakaman dron menunjukkan orang ramai memenuhi kawasan sekitar masjid dan menyaksikan ucapan Abdul-Malik al-Houthi di skrin gergasi.
- Pegawai Huthi Khaled al-Madani berkata kehadiran mencerminkan ketaatan kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
- Personaliti media Sultan al-Sadah menyifatkan sambutan sebagai platform menyatukan rakyat serta merapatkan jurang politik, etnik dan mazhab.
Sambutan tahunan yang jatuh pada 12 Rabiulawal mengikut kalendar Islam itu diadakan secara besar-besaran, seiring dengan umat Islam di seluruh dunia yang turut memperingati hari sejarah berkenaan.
Rakaman dron menunjukkan orang ramai memenuhi kawasan sekitar masjid sambil menyaksikan ucapan khas yang disampaikan oleh pemimpin Huthi, Abdul-Malik al-Houthi, menerusi skrin gergasi.
Pegawai Huthi, Khaled al-Madani, berkata kehadiran orang ramai pada majlis itu mencerminkan ketaatan mereka kepada Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW.
Sementara itu, personaliti media tempatan, Sultan al-Sadah, menyifatkan sambutan berkenaan sebagai platform untuk menyatukan rakyat serta merapatkan jurang perbezaan politik, etnik dan mazhab di negara itu. – REUTERS