Lori bantuan ke Gaza disekat

Foto REUTERS

GAZA, 26 OgosKumpulan penunjuk perasaan berhaluan kanan Israel bertindak menyekat laluan lori bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Selasa, sambil menuntut pembubaran Hamas susulan kebimbangan baharu berhubung pelancaran layang-layang dari wilayah Palestin itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lori kargo bantuan ditahan berhampiran sempadan Gaza, menghentikan sepenuhnya pergerakan barangan bantuan.
  • Kebimbangan meningkat di Israel mengenai penggunaan layang-layang, belon dan dron yang didakwa dilancarkan dari Gaza.
  • Perdana Menteri Israel memberi amaran tindakan pembunuhan bersasar terhadap pelancar layang-layang, belon atau dron, serta arahan pengosongan kawasan pelancaran.

Kumpulan yang dikenali sebagai “Tzav 9” itu dilaporkan menahan lori-lori kargo berhampiran sempadan Gaza, menyebabkan pergerakan kenderaan yang membawa barangan bantuan berkenaan terhenti sepenuhnya.

Tindakan itu berlaku ketika kebimbangan meningkat di Israel berhubung penggunaan layang-layang, belon dan dron dari Gaza yang didakwa dilancarkan ke arah Israel.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran keras bahawa individu yang melancarkan layang-layang, belon atau dron ke arah Israel bakal berdepan tindakan pembunuhan bersasar, manakala penduduk di kawasan pelancaran akan diarahkan berpindah serta-merta. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.