Lima maut, 41 hilang selepas feri terbakar di perairan Indonesia

Sebuah feri terbakar di perairan berhampiran Pulau Madura, Indonesia / Foto REUTERS

JAKARTA, 2 Ogos – Sekurang-kurangnya lima orang maut, manakala 41 lagi masih hilang selepas sebuah feri terbakar di perairan berhampiran Pulau Madura, Indonesia, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Feri membawa 271 penumpang dan anak kapal menurut Basarnas.
  • Sehingga petang, 225 mangsa berjaya diselamatkan dan operasi mencari masih diteruskan.
  • Basarnas mempergiat pencarian manakala siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), feri itu membawa 271 penumpang dan anak kapal.

Sehingga petang tadi, seramai 225 mangsa berjaya diselamatkan, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Feri berkenaan sedang dalam pelayaran dari Surabaya, wilayah Jawa Timur, menuju ke Makassar di Sulawesi Selatan ketika kejadian berlaku.

Basarnas kini mempergiat operasi mencari baki mangsa yang masih hilang, sementara siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.