Lebih 70,000 sertai protes pelajar di seluruh Perancis

Pihak berkuasa bertempur dengan penunjuk perasaan ketika demonstrasi pelajar sekolah menengah di Place de la Bastille, Paris, pada Khamis/ AFP

PARIS, 9 Oktober- Lebih 70,000 orang menyertai demonstrasi di seluruh Perancis manakala lebih 500 ditahan polis ketika pelajar terus membantah masalah pendidikan dan penggunaan kekerasan polis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelajar 15 hingga 18 tahun bantah ketidakhadiran guru, jadual pembelajaran padat dan keadaan bangunan sekolah daif.
  • Menteri Pendidikan Edouard Geffray umum 3,000 guru ganti ditempatkan dalam beberapa hari di 114 sekolah menengah terjejas.
  • Pertembungan dengan polis berlaku, termasuk gas pemedih mata, belantan dan bom tangan renjatan; seorang pelajar 15 tahun dilapor kehilangan tangan.
  • Perdana Menteri Sebastien Lecornu janji kemukakan pelan menjelang akhir Oktober; pelajar kekal tuntut tindakan segera.

Pelajar di seluruh negara kebanyakannya berusia 15 hingga 18 tahun menyuarakan masalah ketidakhadiran guru, jadual pembelajaran yang padat serta keadaan bangunan sekolah yang daif.

Susulan itu, Menteri Pendidikan Edouard Geffray berkata 3,000 guru ganti akan ditempatkan dalam beberapa hari akan datang di 114 sekolah menengah yang paling terjejas bagi menggantikan guru yang tidak hadir.

Di Paris, kira-kira 24,500 orang menyertai demonstrasi di Bastille dengan sebahagian pelajar mengibarkan bendera Perancis dan menyanyikan lagu kebangsaan.

Protes itu turut menyaksikan pertembungan dengan polis, termasuk penggunaan gas pemedih mata, belantan dan bom tangan renjatan bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Seorang pelajar berusia 15 tahun dilapor kehilangan tangan selepas terkena bom tangan renjatan pada Isnin, menyebabkan kerajaan menggantung penggunaan senjata berkenaan.

Dalam masa sama, Perdana Menteri, Sebastien Lecornu berjanji mengemukakan pelan menangani krisis itu menjelang akhir Oktober, namun pelajar menuntut tindakan segera.

“Kami tidak mahu kata-kata, kami mahu tindakan,” kata Camille, 17, kepada AFP ketika menyertai perarakan pelajar di Nantes. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.