Korban banjir Nepal cecah 939, hampir 4,000 masih hilang

Foto AFP

KATHMANDU, 31 Ogos – Angka korban dalam kejadian banjir besar berhampiran sempadan China meragut sekurang-kurangnya 939 nyawa di Nepal, manakala jumlah individu yang masih hilang berkurangan kepada 3,925 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Media China laporkan 16 kematian dan 546 masih hilang di Tibet.
  • 592 daripada yang hilang di Nepal adalah warga asing.
  • Kakitangan projek hidroelektrik yang hilang berkurangan kepada 639; projek itu terjejas teruk oleh arus deras.
  • Agensi bencana lapor 3,333 warganegara masih tidak dikesan, termasuk 1,158 di Nuwakot dan 865 di Rasuwa.

Menurut pihak berkuasa bencana Nepal, usaha mencari dan menyelamat memasuki hari keenam pada Isnin.

Media kerajaan China sebelum ini melaporkan 16 kematian dan 546 individu masih hilang di Tibet, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 955 orang, dengan 4,471 masih hilang.

Daripada jumlah individu yang hilang di Nepal, 592 adalah warga asing.

Sementara itu, jumlah pekerja projek hidroelektrik yang masih hilang berkurangan kepada 639 orang berbanding 933 sebelum ini, selepas kawasan projek berkenaan menerima kesan paling teruk akibat arus deras.

Agensi bencana Nepal turut melaporkan 3,333 warganegaranya masih tidak dapat dikesan, termasuk 1,158 orang di daerah Nuwakot dan 865 orang di daerah Rasuwa.

Mangsa yang hilang turut melibatkan 45 anggota tentera Nepal, 38 pegawai polis serta 18 pegawai kastam dan imigresen.

Di India, pihak berkuasa Uttar Pradesh memaklumkan, 17 mayat ditemukan dari sungai yang mengalir dari Nepal.

Usaha mengenal pasti identiti mayat berkenaan sedang dijalankan.

Jumlah itu belum dimasukkan dalam angka korban. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.