
LOS ANGELES, 1 September- Ribut yang diramalkan melanda kawasan Grand Canyon pada Isnin mengancam operasi mencari kira-kira 15 individu yang dipercayai hilang selepas banjir kilat melanda kawasan itu pada hujung minggu, menurut Perkhidmatan Taman Negara (NPS) Amerika Syarikat.
- Dua mayat ditemui, termasuk seorang lelaki 46 tahun yang ditemukan petang Ahad.
- Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan hujan dan ribut petir dengan risiko banjir kilat di anak sungai, alur kering dan kawasan terbakar.
- Banjir di Bright Angel Canyon dan Phantom Ranch memaksa puluhan pengunjung dipindahkan serta merosakkan saluran paip air utama.
Dua mayat telah ditemukan setakat ini termasuk seorang lelaki berusia 46 tahun yang ditemukan pada petang Ahad.
NPS dalam kenyataan pada Isnin berkata cuaca yang diramalkan berkemungkinan menjejaskan masa dan kelancaran operasi pencarian seterusnya.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) meramalkan hujan dan ribut petir melanda kawasan berkenaan pada petang Isnin dengan risiko banjir kilat di anak sungai, alur air yang biasanya kering serta kawasan yang baru terbakar.
Banjir berlaku pada petang Sabtu di Bright Angel Canyon dan kawasan Phantom Ranch memaksa puluhan individu dipindahkan selain merosakkan satu-satunya saluran paip air yang membekalkan kawasan berkenaan.
NPS berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa Arizona untuk memindahkan pengunjung dan mengenal pasti individu yang masih hilang.
Sehingga pagi Ahad, seramai 62 individu telah dipindahkan, manakala kira-kira 15 lagi dipercayai masih hilang. -AFP