11 maut dalam letupan kilang mercun di utara India

Seorang penduduk menangis berhampiran kediamannya yang runtuh akibat letupan di sebuah kilang mercun di utara India pada Isnin/ Reurters

LUCKNOW, 1 September- Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk lapan kanak-kanak maut dalam letupan di sebuah kilang mercun di daerah Kaushambi, Uttar Pradesh, utara India pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan kuat menyebabkan beberapa rumah berhampiran runtuh.
  • Kanak-kanak yang maut berusia antara empat hingga 13 tahun, menurut Hindustan Times.
  • Pegawai polis mengesahkan jumlah kematian dan berkata beberapa individu lain turut cedera.
  • Punca letupan masih belum dikenal pasti; kemalangan industri sering berlaku akibat kegagalan mematuhi peraturan keselamatan dan penguatkuasaan lemah.

Letupan kuat itu turut menyebabkan beberapa rumah berhampiran runtuh.

Akhbar Hindustan Times melaporkan kanak-kanak yang maut berusia antara empat hingga 13 tahun.

Pegawai polis, Satnarayan Prajapat mengesahkan jumlah kematian itu dan berkata beberapa individu lain turut cedera dalam kejadian berkenaan.

Punca letupan masih belum dikenal pasti.

Kemalangan berkaitan industri sering berlaku di India, antaranya akibat kegagalan mematuhi peraturan keselamatan serta kelemahan penguatkuasaan.

Pada Mac, kebakaran di sebuah kilang bunga api di barat India mengorbankan 17 orang.

Pada April, lapan orang maut selepas kebakaran berlaku di sebuah kemudahan penyimpanan mercun di selatan India. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.