Kapal kargo tenggelam, 14 kru diselamatkan

Foto Viory

JIANGSU, 12 November – Kesemua 14 kru sebuah kapal kargo berjaya diselamatkan selepas kapal yang membawa muatan keluli itu tenggelam ketika berdepan laut bergelora di perairan timur wilayah Jiangsu, China, Isnin lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapal menghantar isyarat kecemasan selepas air memasuki dua kompartmen di bahagian kanan akibat angin kuat dan ombak besar.
  • Operasi menyelamat dijalankan dalam cuaca buruk dengan ombak setinggi empat meter dan angin kencang.
  • Biro Penyelamat Donghai mengerahkan sebuah kapal penyelamat dan dua helikopter ke lokasi bagi operasi pemindahan kru.
  • Kapal akhirnya tenggelam semasa operasi, menyebabkan kru terjunam ke laut pihak berkuasa keluarkan amaran pelayaran.

Operasi menyelamat dilakukan dalam keadaan cuaca buruk susulan gelombang sejuk melanda kawasan berkenaan, dengan ombak setinggi empat meter dan angin kencang menyukarkan usaha membawa keluar semua kru.

Kapal berkenaan dilaporkan menghantar isyarat kecemasan pada pagi 9 November, kira-kira 20 batu nautika di timur laut Pelabuhan Binhai, selepas air laut memasuki dua kompartmen di bahagian kanan kapal akibat tiupan angin kuat dan ombak besar.

Susulan itu, Biro Penyelamat Donghai China mengerahkan sebuah kapal penyelamat serta dua helikopter ke lokasi bagi melaksanakan operasi pemindahan kru.

Rakaman operasi menunjukkan helikopter penyelamat berlegar di atas kapal yang semakin senget sebelum kru ditarik naik menggunakan peralatan khas ketika kapal berkenaan berdepan risiko terbalik.

Kapal kargo itu akhirnya tenggelam ketika operasi menyelamat sedang berlangsung, menyebabkan kru terjunam ke dalam laut bergelora.

Bagaimanapun, kerjasama pasukan penyelamat menggunakan helikopter dan kapal penyelamat berjaya memastikan kesemua 14 kru ditemukan dan dibawa ke tempat selamat.

Pihak berkuasa maritim China kemudian mengeluarkan amaran pelayaran, menggesa kapal lain supaya menjauhi kawasan lokasi kapal kargo itu tenggelam.-Viory

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.