Iran, Negara Teluk bincang kerangka keselamatan serantau di Oman

Foto REUTERS

TEHRAN, 13 September – Iran menyifatkan pertemuan dengan negara-negara Teluk di Oman pada Isnin sebagai langkah pertama ke arah mewujudkan kerangka kerjasama keselamatan serantau di Teluk ketika ketegangan di Selat Hormuz berterusan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertemuan di Salalah bermula ketika ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat berkaitan Selat Hormuz yang kini disekat.
  • Jurucakap luar Esmaeil Baqaei menyatakan pertemuan itu menjadi asas penting untuk kestabilan dan keselamatan serantau.
  • Iran berusaha memformalkan kawalannya ke atas laluan strategik, termasuk kemungkinan mengenakan bayaran kepada kapal.
  • Masqat turut terlibat kerana perairan wilayahnya meliputi Selat Hormuz; sebelum perang selat terbuka untuk semua kapal.

Pertemuan di bandar pelabuhan Salalah itu berlangsung ketika Iran dan Amerika Syarikat berdepan konflik berhubung Selat Hormuz yang kini disekat dan merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak serta gas dunia.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, berkata pertemuan itu akan menjadi asas penting dalam memastikan kestabilan dan keselamatan serantau.

“Pertemuan ini akan menjadi asas penting untuk memastikan kestabilan dan keselamatan,” katanya dalam kenyataan yang dipetik agensi berita ISNA.

Iran kini berusaha memformalkan kawalannya ke atas laluan strategik itu, termasuk kemungkinan mengenakan bayaran kepada kapal yang melaluinya, selain mengadakan rundingan dengan Masqat yang turut mempunyai perairan wilayah meliputi kawasan Selat Hormuz.

Sebelum perang tercetus, Selat Hormuz terbuka untuk digunakan oleh kapal dari semua negara. – AFP.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.