Malaysia-Keralam bakal perkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Keralam, V. D. Satheesan di Calicut, Keralam

KERALAM, 14 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Keralam, V. D. Satheesan dan delegasi sempena lawatan kerja dua hari beliau di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh kerjasama ekonomi serta sektor perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Keralam.
  • Menumpukan kerjasama dalam ekonomi digital, kesihatan, pelancongan, pendidikan dan bidang-bidang lain.
  • Menggalakkan pertukaran rakyat, perniagaan dan pelancongan termasuk jemputan rasmi untuk lawatan bagi memperkukuh hubungan dua hala.

Pertemuan berlangsung selama 30 minit itu antara lain meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi selain mengukuhkan sektor perdagangan dan pelaburan.

Selain itu, perbincangan turut menumpukan kepada kerjasama dalam bidang ekonomi digital, kesihatan, pelancongan, pendidikan serta bidang-bidang lain.

Perdana Menteri dan V.D Satheesan juga turut memberi fokus untuk meneroka dan mengembangkan lagi bidang pelancongan, perniagaan dan pertukaran antara rakyat melibatkan Malaysia dan Karalam.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengundang Satheesan untuk melawat Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh lagi kerjasama dan pertukaran dua hala.

Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada rangka lawatan kerja Datuk Seri Anwar ke India, yang turut merangkumi pertemuan dengan komuniti perniagaan Keralam serta pihak berkepentingan utama lain.

Turut mengiringi Perdana Menteri semasa lawatan kerja itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Selepas menghadiri sidang kemuncak yang dihoskan Perdana Menteri India, Narendra Modi di New Delhi itu, Datuk Seri Anwar tiba di Calicut pada Ahad bagi peringkat kedua dan terakhir lawatan kerja beliau ke negara berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.