
MIRI, 14 September – Ahli keluarga, rakan sekerja dan sahabat handai memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang jururawat Jessie Paya Jok di Gereja BEM Canada Hill, di sini.
RINGKASAN BERITA AI
- Van mendiang tiba kira-kira 12.30 sebelum upacara penghormatan terakhir.
- Jenazah disemadikan di BEM Memorial Park, Lambir; upacara selesai kira-kira 4.55 petang.
- Mendiang antara lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram; dikenang kerana sifat prihatin dan sumbangan kebajikan.
Van mendiang tiba kira-kira 12.30 tengah hari tadi sebelum upacara penghormatan terakhir diadakan.
Selepas selesai upacara tersebut, mendiang Jessie kemudiannya dibawa ke BEM Memorial Park, Lambir untuk disemadikan dan upacara itu selesai kira-kira 4.55 petang.
Mendiang Jessie merupakan antara lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, pada 8 September lalu.
Mendiang dikenang sebagai seorang yang prihatin serta banyak menyumbang kepada masyarakat melalui sifat kebajikan dan kebaikannya.