
BOGOTA, 2 November -Sebuah lori yang membawa bahan letupan dilaporkan meletup, mengorbankan empat individu termasuk seorang bayi perempuan berusia dua bulan, pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
- Letupan berlaku berhampiran pangkalan tentera di Planadas, selatan wilayah Tolima.
- Sebuah hospital dan beberapa rumah mengalami kerosakan akibat letupan.
- Mangsa cedera dibawa ke sebuah sekolah berhampiran, pihak berkuasa belum mengenal pasti pihak bertanggungjawab.
Serangan itu berlaku berhampiran sebuah pangkalan tentera di bandar Planadas, selatan wilayah Tolima.
Letupan berkenaan turut mengakibatkan sebuah hospital dan beberapa rumah mengalami kerosakan.
Datuk Bandar Planadas, Juan Camilo Hueje, berkata beberapa mangsa yang cedera dibawa ke sebuah sekolah berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. -AFP