
SANAA, 14 September – Konflik Yaman-Arab Saudi kembali memuncak selepas pengkalan tentera Arab Saudi diserang kumpulan Houthi pada Isnin, lapor AFP.
- Serangan dron dan peluru berpandu mensasarkan Pangkalan Udara King Khalid Mushait, hangar pesawat, depoh senjata dan kemudahan ketenteraan lain.
- Pasukan Pertahanan Awam Saudi mengeluarkan amaran ringkas di Khamis Mushait dan Abha, bandar berhampiran sempadan Yaman.
- Arab Saudi melancarkan serangan udara balas, meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan laluan perkapalan di Laut Merah.
Serangan dron dan peluru berpandu itu menyasarkan Pangkalan Udara King Khalid Mushait, termasuk hangar pesawat pejuang, depoh senjata dan beberapa kemudahan ketenteraan lain.
Dalam perkembangan sama, Pasukan Pertahanan Awam Saudi mengeluarkan amaran ringkas di Khamis Mushait dan Abha, iaitu dua bandar di selatan negara itu yang terletak berhampiran sempadan Yaman.
Sebagai tindak balas, Arab Saudi telah melancarkan serangan udara susulan serangan yang dilancarkan kumpulan Houthi sebelum ini.
Ketegangan kedua dua pihak meningkat selepas kumpulan Houthi melancarkan serangan termasuk tindakan menawan kawasan pantai Laut Merah.
Perkembangan itu dijangka meningkatkan lagi kebimbangan terhadap keselamatan laluan perkapalan di Laut Merah dan perairan sekitarnya yang merupakan antara laluan perdagangan maritim penting dunia.-AFP