Iran kecam serangan Ukraine ke atas kapal di Laut Kaspia

Foto Reuters

TEHRAN, 27 Julai – Iran memberi amaran bahawa serangan Ukraine terhadap sebuah kapal milik Iran di Laut Kaspia pada hujung minggu lalu boleh mengundang kesan yang sukar dijangka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Juru cakap Kementerian Luar Iran menyifatkan serangan itu sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Piagam PBB.
  • Iran menggelarkan tindakan itu sebagai provokasi berbahaya yang tidak akan dibiarkan tanpa tindak balas.
  • Ukraine mengaku melancarkan serangan jarak jauh di Laut Kaspia terhadap kapal membawa kargo ketenteraan berkaitan Iran.
  • Iran mendakwa kapal negaranya meletup, seorang pelaut terkorban, beberapa cedera; Tehran menuntut pertanggungjawaban Ukraine.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, menyifatkan tindakan itu sebagai perbuatan yang sama sekali tidak sah dan tidak wajar, selain bertentangan dengan Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Ini adalah tindakan pengembaraan yang berbahaya dan pasti tidak akan dibiarkan tanpa jawapan,” katanya pada sidang media mingguan di Tehran.

Menurutnya, kesan daripada tindakan Ukraine itu sudah tentu akan menjadi tidak dijangka.

Pada Sabtu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memaklumkan bahawa Kiev telah melancarkan serangan jarak jauh di Laut Kaspia terhadap kapal-kapal yang membawa kargo ketenteraan berkaitan Iran.

Iran pula mendakwa serangan berkenaan menyebabkan sebuah kapal negaranya meletup, sekali gus mengorbankan seorang pelaut dan mencederakan beberapa lagi kru.

Baqaei berkata, rejim Ukraine perlu dipertanggungjawabkan atas insiden itu dan Tehran akan memberikan tindak balas sewajarnya.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.