
PUNING, 27 Julai – Seramai 2,338 penduduk dipindahkan selepas Taufan Noul melanda kawasan Puning di Wilayah Guangdong, selatan China pada Ahad; membawa hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.
- Pihak berkuasa menaikkan tahap tindak balas kecemasan kawalan banjir dari Tahap III kepada Tahap I.
- Rakaman saksi di media sosial menunjukkan beberapa jalan di Guangdong dilanda banjir teruk.
- Taufan melanda daratan di selatan China, membawa hujan lebat dan angin kencang ke Guangdong serta Hong Kong.
- Lebih 700,000 penduduk di Wilayah Guangdong dipindahkan susulan taufan.
Pihak berkuasa Puning menaikkan tahap tindak balas kecemasan kawalan banjir daripada Tahap III kepada Tahap I, selain memindahkan penduduk di kawasan terjejas.
Rakaman yang dikongsi saksi di media sosial menunjukkan beberapa jalan di Guangdong dilanda banjir teruk selepas Taufan Noul membawa hujan lebat.
Terdahulu, taufan itu melanda daratan di selatan China pada awal Ahad, membawa hujan lebat dan angin kencang ke Wilayah Guangdong serta Hong Kong.
Pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat dijangka berterusan sehingga Selasa.
Menurut pihak berkuasa, lebih 700,000 penduduk di Wilayah Guangdong telah dipindahkan susulan taufan terbabit
Noul yang bermaksud sinar fajar atau senja dalam bahasa Korea, adalah taufan ke-12 yang terbentuk di Lautan Pasifik tahun ini dan yang ketiga melanda China sepanjang bulan ini. -REUTERS