
SEATTLE, 27 Julai – Sekurang-kurangnya dua maut manakala lima lagi, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, cedera dalam kejadian tembakan di festival makanan ‘Bite of Seattle’ di pusat bandar Seattle, Amerika Syarikat pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
- Seorang suspek telah ditahan oleh pihak berkuasa.
- Polis meneruskan siasatan berhubung kejadian tembakan.
- Polis menggesa orang ramai mengelakkan kawasan berhampiran Space Needle pada malam Ahad.
- Rakaman video saksi menunjukkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri selepas tembakan.
Pejabat Datuk Bandar Seattle memaklumkan seorang suspek telah ditahan, manakala polis meneruskan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Polis menggesa orang ramai supaya mengelakkan kawasan berhampiran Space Needle pada malam Ahad ketika siasatan dijalankan di lokasi kejadian.
Rakaman video saksi menunjukkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri selepas kejadian tembakan itu berlaku. – REUTERS