Iran dakwa Qatar lengahkan usaha bawa pulang tiga juruterbangnya

Foto AFP

TEHRAN, 16 Ogos – Iran mendakwa Qatar sengaja melengahkan usaha menyiasat nasib tiga juruterbangnya yang dipercayai ditahan semasa menjalankan operasi terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Doha.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan pakar tentera udara Iran menunggu beberapa bulan kebenaran ke Qatar untuk siasatan di lokasi.
  • Bagherzadeh menggesa Qatar membenarkan pasukan Iran memasuki negara itu untuk siasatan dan mendapatkan maklumat mengenai nasib juruterbang.
  • Nama juruterbang dikenal pasti: Javad Salehi, Abdolmajid Dashtian dan Omran Behraveshian.
  • Qatar menafikan penahanan, kata pasukan penyelamat menemui jasad seorang juruterbang dan menjemput Iran pada April.

Angkatan bersenjata Iran, Jeneral Mohammad Bagherzadeh berkata pasukan pakar tentera udara Iran sudah beberapa bulan menunggu kebenaran untuk ke Qatar, bagi menjalankan siasatan di lokasi.

“Bagaimanapun disebabkan penangguhan yang berterusan daripada pihak berkuasa Doha menyebabkan kepulangan juruterbang kami masih tidak dapat direalisasikan,” katanya menerusi satu laporan media.

Justeru, Bagherzadeh menggesa supaya Qatar membenarkan pasukan Iran memasuki negara itu bagi menjalankan siasatan serta mendapatkan maklumat mengenai nasib tiga juruterbang terbabit.

Sebelum ini, Bagherzadeh mendakwa ketiga-tiga juruterbang itu ditawan oleh Qatar ketika menjalankan operasi terhadap pangkalan udara AS, Al Udeid pada awal Mac lalu.

Ketiga-tiga mereka dikenal pasti sebagai Javad Salehi, Abdolmajid Dashtian dan Omran Behraveshian.

Namun Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari, berkata negaranya “menafikan sekeras-kerasnya” dakwaan bahawa juruterbang Iran ditahan dan menyifatkannya sebagai kenyataan yang mengelirukan.

Menurutnya, pasukan penyelamat Qatar telah menjalankan operasi mencari juruterbang berkenaan dan memaklumkan kepada pihak Iran mengenai penyerahan jasad seorang juruterbang yang ditemui.

Qatar juga mendakwa telah menjemput pasukan Iran untuk mengunjungi negara itu pada April bagi mendapatkan maklumat mengenai operasi mencari dan menyelamat, namun jemputan tersebut belum mendapat respons Tehran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.