
GAZA, 4 Mei – Selepas lebih dua tahun setengah Gaza dibedil berterusan rejim zionis Israel, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh meningkat kepada 72,610 orang.
- 172,448 lagi dilaporkan cedera, menurut sumber perubatan di Gaza.
- Hospital di seluruh Gaza menerima dua jenazah dan tiga mangsa cedera dalam tempoh 24 jam.
- Sejak gencatan senjata pada 10 Oktober tahun lalu, 830 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan 2,345 cedera.
- Sebanyak 767 mayat berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan yang musnah dibedil tentera Israel.
Manakala 172,448 lagi cedera, menurut sumber perubatan di Gaza.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan berkata, hospital di seluruh Gaza menerima dua lagi jenazah dan tiga mangsa cedera dalam tempoh 24 jam lalu.
Mangsa dilaporkan cedera susulan serangan berterusan rejim Zionis ke atas wilayah itu.
Menurut sumber sama, sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober tahun lalu, seramai 830 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh.
Manakala 2,345 lagi cedera akibat serangan berterusan.
Dalam tempoh sama, sebanyak 767 mayat berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan yang musnah dibedil tentera Israel. – REUTERS