
CARACAS, 9 Julai – Angka korban akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela meningkat kepada 3,811 orang.
- Lebih 16,700 mangsa cedera dan hampir 18,000 kehilangan tempat tinggal.
- Presiden interim gesa tarik balik sekatan antarabangsa dan guna aset beku luar negara untuk membiayai pembinaan semula, pekerjaan dan pendidikan.
- Mohon Britain lepaskan 31 tan emas di Bank of England dan menggesa IMF menyalurkan dana bagi pemulihan pasca bencana.
Manakala lebih 16,700 mangsa cedera dan hampir 18,000 lagi kehilangan tempat tinggal.
Oleh itu, Venezuela memohon Britain melepaskan 31 tan simpanan emas milik negaranya yang disimpan di Bank of England.
Aset emas itu bagi membiayai usaha pemulihan susulan dua gempa bumi yang melanda negara pada 24 Jun lalu.
Menurut Presiden Interim Venezuela, simpanan emas itu wajar digunakan bagi membantu proses pembinaan semula serta menyokong mangsa yang terjejas.
Beliau turut menggesa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan negara-negara yang membekukan aset Venezuela supaya melepaskan dana berkenaan bagi mempercepatkan usaha pemulihan.
Reuters melaporkan, Amerika Syarikat sebelum ini melonggarkan beberapa sekatan selama empat bulan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada mangsa. – REUTERS