Gangguan bekalan elektrik: Sesi persekolahan di Cuba tetap bermula 1 Sept

Foto AFP

HAVANA, 28 Ogos – Kementerian Pendidikan Cuba mengesahkan tahun persekolahan baharu akan bermula mengikut jadual pada 1 September ini walaupun negara tersebut terjejas teruk akibat krisis tenaga serta masalah terputus bekalan elektrik berskala besar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Pendidikan Naima Trujillo umum kelonggaran kepada pelajar lewat atau tidak memakai uniform lengkap.
  • Union Electrica de Cuba lapor gangguan bekalan elektrik meliputi empat daripada lima wilayah timur akibat kegagalan sistem transmisi.
  • Bekalan dilaporkan pulih beberapa jam kemudian, di Havana gangguan berlarutan sehingga 30 jam dan kawasan luar bandar terputus beberapa hari.

Memandangkan krisis semasa telah melumpuhkan sebahagian besar aktiviti harian, Menteri Pendidikan Naima Trujillo memaklumkan pihak sekolah akan memberikan kelonggaran kepada pelajar yang hadir lewat atau tidak memakai pakaian seragam lengkap.

Sementara itu, syarikat tenaga nasional, Union Electrica de Cuba mengumumkan gangguan bekalan elektrik secara menyeluruh di empat daripada lima wilayah di timur Cuba akibat kegagalan sistem transmisi.

Bagaimanapun, bekalan elektrik dilapor telah pulih semula beberapa jam kemudian.

Di Havana, gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlarutan hingga 30 jam, manakala kawasan luar bandar terputus bekalan selama beberapa hari.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.