WASHINGTON, 14 Oktober – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi menyatakan keyakinannya terhadap Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang mampu memainkan peranan penting dalam usaha menamatkan konflik antara Rusia dan Ukraine.
- Erdogan dilihat mampu berperanan sebagai jambatan diplomatik antara Moscow dan Kyiv, dipercayai boleh mempengaruhi penyelesaian konflik.
- Perbualan Erdogan dengan Putin menekankan keperluan menggandakan usaha diplomatik untuk keamanan adil dan berkekalan.
- Turkiye pernah berjaya menjadi pengantara antarabangsa, kini cuba mengimbangi peranan diplomatiknya antara Rusia, Ukraine dan dunia Arab.
Trump menyifatkan Erdogan sebagai seorang tegas dan pemimpin yang yang dihormati oleh Rusia.
“Erdogan mampu menyelesaikan masalah diplomatik dengan cepat,” jelasnya kepada media.
Kenyataan itu dibuat selepas Erdogan dilaporkan berhubung melalui panggilan telefon dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, minggu lalu.
Dalam perbualan itu, Erdogan menegaskan bahawa usaha diplomatik perlu digiatkan bagi mencapai keamanan yang adil dan berkekalan antara Rusia dan Ukraine.
Menurut Pejabat Presiden Turkiye, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu serantau dan global termasuk usaha Turkiye untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.
Turki sebelum ini berperanan penting sebagai pengantara dalam beberapa konflik antarabangsa, dan kini dilihat cuba mengimbangi peranan diplomatiknya antara Rusia, Ukraine, serta dunia Arab bagi memastikan kestabilan di rantau tersebut. – REUTERS