Dua mangsa runtuhan bangunan di Filipina masih hidup

FOTO REUTERS

MANILA, 24 Mei – Dua mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan di Filipina dilaporkan masih hidup dan berkomunikasi dengan pasukan penyelamat pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah mangsa diselamatkan meningkat kepada 24, termasuk mereka berhampiran lokasi kejadian.
  • Bangunan konkrit sembilan tingkat yang sedang dibina runtuh di Angeles City; setakat ini tiada kematian dilaporkan.
  • Punca kejadian belum diketahui, operasi menyelamat sukar berikutan timbunan konkrit besar menghalang usaha pengalihan runtuhan.

Menurut pegawai maklumat Angeles City, Jay Pelayo, jumlah mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini meningkat kepada 24 orang, termasuk mereka yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Seramai 19 pekerja berada di lokasi pembinaan, namun pihak berkuasa masih berusaha menentukan sama ada kesemua mereka berada di situ ketika kejadian.

“Setakat ini, tiada kematian dilaporkan,” katanya di sini.

Terdahulu, bangunan konkrit sembilan tingkat yang masih dalam pembinaan itu runtuh pada awal pagi Ahad di Angeles City, utara Manila.

Antara mangsa yang diselamatkan ialah seorang warga Malaysia berusia 51 tahun yang menginap di sebuah hotel bajet berhampiran, yang turut mengalami kerosakan akibat runtuhan tersebut.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa yang masih terperangkap masih belum dapat dipastikan.

Pelayo sebelum itu memberitahu stesen radio DZBB bahawa antara 30 hingga 40 orang dipercayai terperangkap berdasarkan maklumat daripada penyelia tapak yang berjaya menyelamatkan diri.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Operasi menyelamat turut berdepan cabaran berikutan timbunan konkrit besar yang menyukarkan kerja mengalihkan runtuhan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.