
ETHIOPIA, 15 Februari – Para delegasi Afrika menyambut baik pengumuman Presiden China, Xi Jinping, untuk memperkenalkan tarif sifar ke atas barangan dari 53 negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik dengannya, berkuat kuasa 1 Mei ini.
- Pengenalan tarif sifar China ke atas barangan dari 53 negara Afrika berkuat kuasa 1 Mei 2026 menyambut baik delegasi Afrika.
- Langkah ini dijangka memperkukuh perdagangan dua hala dan membuka peluang ekonomi serta komersial antara China dan negara Afrika.
- Seruan untuk meruntuhkan halangan perdagangan dan Afrika perlu berperanan aktif dalam WTO bagi perdagangan global lebih terbuka.
Pengumuman itu dibuat pada Sabtu sempena Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika ke-39, dengan langkah tersebut dilihat mampu memperkukuh perdagangan dua hala serta memperluas peluang ekonomi antara China dan negara-negara Afrika.
Seorang pegawai kanan Kementerian Luar Uganda yang menghadiri sidang kemuncak itu menyifatkan pengumuman berkenaan sebagai amat signifikan dalam memperkukuh perdagangan dua hala.
Menteri Negara Hal Ehwal Luar Uganda bagi Kerjasama Antarabangsa, Henry Okello Oryem, berkata langkah itu membuka lebih banyak peluang perdagangan dan komersial antara Uganda, Afrika dan China, terutama selepas Amerika Syarikat menamatkan Akta Peluang dan Pertumbuhan Afrika (AGOA), yang sebelum ini menjadi tonggak eksport Afrika ke negara itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Shelter Afrique Development Bank, Thierno-Habib Hann, menggesa semua pihak supaya meruntuhkan halangan perdagangan dan memperkukuh kerjasama.
Beliau berkata inisiatif berkenaan amat dialu-alukan dan negara-negara Afrika perlu memainkan peranan aktif dalam World Trade Organization bagi memastikan perdagangan global yang lebih terbuka dan inklusif.-REUTERS