BEIJING, 29 Oktober- China mengesahkan pertemuan antara presidennya, Xi Jinping dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di luar sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan, esok.
RINGKASAN BERITA AI
- China mengesahkan pertemuan rasmi antara Presiden Xi Jinping dan Donald Trump di Busan, Korea Selatan.
- Pertemuan diadakan di luar sidang kemuncak APEC, disusun atas persetujuan kedua-dua negara.
- Tujuan pertemuan ialah bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala antara China dan AS.
- Isu-isu kepentingan bersama juga akan dibincangkan semasa pertemuan itu berlangsung.
- Pengesahan dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar Negeri China yang tidak mahu namanya didedahkan.
Perkara itu disahkan jurucakap Kementerian Luar Negeri yang enggan namanya didedahkan.
“Seperti yang telah dipersetujui antara China dan Amerika Syarikat, Presiden Xi Jinping akan bertemu dengan Presiden Donald Trump di Busan, bagi bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala serta isu-isu yang menjadi kepentingan bersama,” katanya.