
BANGKOK, 11 Mei – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dibebaskan awal dari penjara pada Isnin.
- Dijatuhi hukuman penjara setahun kerana rasuah bermula September 2025.
- Dikehendaki memakai alat pemantauan elektronik selama empat bulan.
- Parti Pheu Thai pernah paling berjaya tetapi kecundang pilihan raya Februari; penyertaan dalam gabungan kerajaan membuka peluang kebangkitan politik.
Jutawan telekomunikasi berusia 76 tahun itu sepatutnya menjalani hukuman penjara selama satu tahun kerana rasuah bermula September 2025.
Thaksin dikehendaki memakai alat pemantauan elektronik sehingga tempoh hukuman tamat selama empat bulan.
Thaksin memeluk ahli keluarganya di luar penjara diiringi ratusan penyokong yang berkumpul dengan memakai baju merah.
“Kami sayang Thaksin,” jeritan penyokong di luar penjara.
Jentera politiknya selama dua dekad menjadi musuh utama elit pro-tentera dan pro-royalti Thailand yang melihat populariti Thaksin sebagai ancaman.
Parti Pheu Thai adalah parti politik Thailand yang paling berjaya pada abad ke-21 dengan keluarga Shinawatra melahirkan empat Perdana Menteri dan mendapat sokongan meluas daripada rakyat luar bandar.
Bagaimanapun, Pheu Thai mendapat keputusan pilihan raya paling teruk pada Februari, jatuh ke tempat ketiga dan menimbulkan persoalan tentang masa depan dinasti politik Thaksin.
Namun kemasukan Pheu Thai dalam gabungan pemerintah Perdana Menteri konservatif Anutin Charnvirakul telah membuka kemungkinan kebangkitan politik.akul telah membuka kemungkinan kebangkitan politik.-AFP