Bas bawa 48 pelancong Belanda terbalik di Switzerland

Foto REUTERS

GRAUBUNDEN, 11 September – Beberapa orang maut manakala beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas membawa rombongan pelancong Belanda terbalik di kawasan pergunungan Alps yang terpencil di timur Switzerland pada Khamis, menurut polis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku berhampiran kampung Susch, menurut polis.
  • Bas melanggar penghadang jalan lalu terbabas dan terbalik ke sebelah kanan, kata jurucakap Roman Rüegg.
  • Bas pengendali OAD membawa 48 penumpang, kesemuanya warga Belanda, kata ANVR.

Polis wilayah Graubuenden berkata kemalangan berlaku berhampiran kampung Susch.

Jurucakap Polis Graubuenden Roman Rüegg berkata bas pelancong dari Belanda itu melanggar penghadang jalan sebelum terbabas dan terbalik ke sebelah kanan.

Jurucakap Persatuan Am Syarikat Pelancongan Belanda (ANVR), mengesahkan kemalangan itu membabitkan sebuah bas pengendali pelancongan, OAD.

Bas berkenaan membawa 48 penumpang dan kesemuanya merupakan warga Belanda.

Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun belum memberikan maklumat lanjut mengenai jumlah mangsa yang terkorban atau cedera.

Polis berkata perkembangan lanjut mengenai kemalangan itu akan dimaklumkan dalam beberapa jam akan datang. — REUTERS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.