AS sedia bantu tangani kesesakan di Selat Hormuz

Foto BERNAMA

WASHINGTON, 8 April – Amerika Syarikat akan membantu menangani kesesakan trafik perkapalan di Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amerika Syarikat akan membantu menangani kesesakan lalu lintas di Selat Hormuz.
  • Kesediaan itu dinyatakan Presiden Donald Trump selepas Washington dan Tehran bersetuju gencatan senjata dua minggu.
  • Trump berkata di Truth Social akan ada banyak tindakan positif dan banyak keuntungan akan diperoleh.
  • Nada Presiden kini sangat berbeza berbanding ancaman minggu lalu mengebom Iran kembali ke Zaman Batu.

Kesediaan itu dizahirkan Presiden Donald Trump, beberapa jam selepas Washington dan Tehran bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama dua minggu.

“Akan ada banyak tindakan positif! Banyak keuntungan akan diperoleh. Iran boleh memulakan proses pembinaan semula,” kata Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

Beliau juga berkata, Washington akan membekalkan pelbagai jenis bekalan dan hanya ‘berlegar-legar’ bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Nada Presiden Amerika Syarikat itu sangat berbeza berbanding ancamannya minggu lalu untuk mengebom Iran “kembali ke Zaman Batu”. -AFP