Angka korban gempa bumi di Venezuela meningkat kepada 3,685 orang

Penduduk bantu pasukan keselamatan cari mangsa yang masih hilang / Foto fail REUTERS

CARACAS, 8 Julai – Angka korban yang disahkan akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela bulan lepas meningkat kepada 3,685 orang pada Selasa, naik 150 orang berbanding hari sebelumnya, menurut Presiden Perhimpunan Kebangsaan Jorge Rodriguez menerusi hantaran di platform X, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

RINGKASAN BERITA AI
  • Banyak pasukan penyelamat antarabangsa telah meninggalkan negara; sebahagian masih ditugaskan di lokasi bencana.
  • Sukarelawan meneruskan pencarian di celah runtuhan bangunan.
  • Ahli keluarga mangsa menggesa operasi SAR diteruskan sehingga mangsa ditemukan untuk disemadikan.
  • Gempa 24 Jun magnitud 7.2 dan 7.5, diikuti lebih 1,000 gegaran susulan; pakar anggap peluang menemui yang hidup amat tipis selepas dua minggu.

Banyak pasukan penyelamat antarabangsa telah meninggalkan negara itu, manakala sebahagian lagi masih ditugaskan di lokasi bencana.

Sukarelawan juga meneruskan pencarian di celah runtuhan bangunan.

Ahli keluarga mangsa yang masih hilang menggesa pihak berkuasa supaya meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga ahli keluarga mereka ditemukan, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia, supaya mereka dapat disemadikan.

Gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 melanda Venezuela pada 24 Jun lepas, diikuti lebih 1,000 gempa susulan yang lebih lemah.

Menurut pakar, peluang untuk menemukan mangsa yang masih hidup selepas dua minggu berlakunya gempa bumi adalah amat tipis. – BERNAMA-dpa

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.