KHAN YUNIS, 16 Oktober– Israel telah memulangkan 45 lagi mayat warga Palestin kepada pihak berkuasa Gaza hari ini.
- Israel memulangkan 45 mayat rakyat Palestin, menjadikan jumlah keseluruhan 90 yang diserahkan kepada pihak berkuasa Gaza.
- Pertukaran mayat ini merupakan sebahagian daripada perjanjian untuk membebaskan hampir 2,000 tahanan Palestin.
- Perdana Menteri Israel mengugut menyekat bantuan kemanusiaan jika baki 20 mayat Israel tidak dipulangkan.
Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu menjadikan keseluruhan 90 mayat telah diserahkan zionis.
Terdahulu, Hamas menyerahkan enam mayat warga Israel, satu mayat warga Nepal dan satu lagi mayat yang identitinya belum dikenal pasti.
Pertukaran itu sebagai perlepasan untuk hampir 2-ribu tahanan Palestin yang dipenjarakan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu mengugut untuk menyekat bantuan kemanusiaan memasuki Gaza jika baki 20 lagi mayat Israel tidak dipulangkan.
Di bawah perjanjian damai yang didorong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Israel bersetuju untuk menyerahkan 15 mayat warga Palestin bagi setiap orang Zionis yang meninggal dunia. -AFP