
KUALA LUMPUR, 6 September – Konsert Biru Mata Hitamku berlangsung meriah malam tadi di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, dengan kehadiran kira-kira 5,000 peminat rock tempatan.
- Konsert sempena ulang tahun ke-30 album studio ketujuh Wings, menampilkan JoBranko, Muss, Eddie, Black dan keyboardist jemputan Lee.
- Persembahan lebih dua jam 40 minit dengan 20 lagu, termasuk Penunggu, Enigma, Bukan Kerana Matahari dan Hati Sulam Lain.
- Segmen tribute mengenang komposer Allahyarham JS Kevin dan Allahyarham Bob Lokman melalui lagu Makam Kekasih, Satu Titik Yang Kosong dan Krisis Dipertengahan Hidup.
- Penganjur mengadakan derma kilat untuk membantu isteri Muss di ICU; kod QR dipaparkan di skrin untuk memudahkan sumbangan.
Konsert sempena ulang tahun ke-30 album studio ketujuh kumpulan Wings itu menampilkan JoBranko sebagai gitaris, Muss (vokal), Eddie (bass) dan Black (dram), selain keyboardist jemputan, Lee.
Konsert selama dua jam 40 minit itu, peminat dihiburkan dengan pilihan 20 lagu termasuk Penunggu, Enigma, Bukan Kerana Matahari, Hati Sulam Lain dan Nasib Kita.
Konsert turut diselitkan segmen ‘tribute’ bagi mengenang komposer, Allahyarham JS Kevin menerusi lagu Makam Kekasih dan Satu Titik Yang Kosong serta Allahyarham Bob Lokman menerusi Krisis Dipertengahan Hidup.
Lagu Sejati turut dipersembahkan secara instrumental dengan nyanyian beramai-ramai oleh peminat, mencetuskan suasana penuh nostalgia.
Pada konsert itu, penganjur turut membuka derma kilat bagi membantu isteri vokalis Muss yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
Kod QR turut dipaparkan pada skrin besar di kiri dan kanan pentas bagi membolehkan peminat menghulurkan sumbangan.