fb fb fb fb fb

Penang Port tawar khidmat sewa feri

FOTO HIASAN/FOTO RTM

GEORGETOWN, 9 Disember- Penang Port Sdn Bhd merancang untuk menyewa salah satu ferinya kepada syarikat atau individu yang berminat sebagai usaha bagi menjana aliran pendapatan baharu.

Syarikat berkenaan melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak yang berminat mengadakan acara persendirian.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sasedharan Vasudevan berkata pengendali pelabuhan itu kini mempunyai empat feri, dan hanya satu daripadanya akan dibuka untuk aktiviti penyewaan.

Dua feri lagi digunakan untuk operasi harian bagi membawa pejalan kaki dan kenderaan dua roda pada waktu bukan puncak.

Manakala feri ketiga akan digunakan pada waktu puncak.​

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD