fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 September- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM23.09 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.82 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan satu tender repo berbalik bernilai RM1.65 bilion bagi 30 hari dan satu tender repo berbalik semalaman RM4 bilion untuk satu hari, serta satu tender repo berbalik Islam (SBBA) RM400 juta bagi 30 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional sehingga RM28.7 bilion dan tender semalaman murabahah RM24.2 bilion.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN