fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil pada minggu depan dengan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Pada minggu yang baru berakhir, bank pusat itu menjalankan operasi harian untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan melaksanakan tender pasaran wang konvensional, tender repo berbalik, tender Qard dan tender Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini turun kepada RM29.81 bilion daripada RM47.59 bilion pada minggu sebelum ini.

Bagi sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM21.01 bilion daripada RM20.88 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) pula berada pada 3.00 peratus setakat 5 Oktober - BERNAMA

(FOTO FAIL)

Media Baharu