111 motosikal disita, 945 saman dikeluarkan di Jalan Ampang

Sebanyak 1,635 motosikal diperiksa dalam Operasi Motosikal Bersepadu di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, awal pagi tadi/Foto JSPT

KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Sebanyak 111 motosikal disita manakala 945 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Operasi Motosikal Bersepadu di Jalan Ampang, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • 1,635 motosikal diperiksa dalam operasi empat jam di Jalan Ampang.
  • Kira-kira 90 peratus kesalahan melibatkan pengubahsuaian motosikal tidak mengikut spesifikasi serta penunggang tanpa lesen sah.
  • JPJ mengeluarkan 387 notis; seorang ditahan kerana motosikal tanpa nombor enjin; motosikal disita dibawa untuk pemeriksaan JAS.

Operasi selama empat jam bermula pukul 3 pagi hingga 7 pagi itu turut merekodkan pengeluaran 387 notis oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah berkata, sebanyak 1,635 motosikal diperiksa.

“Kira-kira 90 peratus kesalahan yang dikesan melibatkan pengubahsuaian motosikal yang tidak mengikut spesifikasi, termasuk sistem brek dan ekzos. Selain itu, kita turut mengesan penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu sah, termasuk mereka yang sudah dewasa,” katanya selepas operasi awal pagi tadi.

Operasi Motosikal Bersepadu di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, awal pagi tadi

Dalam operasi sama, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditahan kerana menunggang motosikal tanpa nombor enjin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Semua motosikal yang disita dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Sementara itu, 14 individu menjalani ujian saringan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dengan kesemuanya didapati negatif dadah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.